Tentang Kami
Jurukur Prestij Sdn Bhd, yang dahulunya dikenali sebagai Jurukur Prestij, merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan khususnya dalam bidang ukur tanah dan perundingan pembangunan tanah. Firma ini telah ditubuhkan pada 2 September 2012 oleh Dato’ LSr Ruzsyahriman bin Jenal, seorang Juruukur Tanah Berlesen yang berdaftar dengan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia, dan sebelum ini dikenali sebagai Jurukur Prestij.
Jurukur Prestij menyediakan semua jenis perkhidmatan ukur tanah termasuk Ukur Kadaster, Ukur Kejuruteraan, Ukur Hakmilik Strata, Ukur GPS, Ukur Topografi, Ukur Hidrografi, dan Ukur Utiliti Bawah Tanah. Pada tahun 2016, pengasas firma ini, Dato' Sr Ruzsyahriman, telah diiktiraf sebagai Juruukur Tanah Berlesen yang Kompeten dalam Pemetaan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah (CUUDM) dan layak untuk menjalankan kerja-kerja Pengesanan Utiliti Bawah Tanah (UDM).
Selain daripada perkhidmatan ukur tanah, firma ini turut menyediakan perkhidmatan dalam kebanyakan permohonan berkaitan pentadbiran tanah seperti pembahagian, pemisahan atau penggabungan lot, permohonan tanah kerajaan, permohonan TOL, serta permohonan pembangunan tanah bagi skim perumahan, komersial, industri atau pertanian.